Wednesday, 24 September 2014

Terpaksa OT harini (24 September 2014)

Salam semua. Harini terpaksa ambik OT gara gara cuti tinggal berapa hari jerk lagi. Setahun cuti 20 hari. Ni baru bulan 9, pengsan mak nak tunggu sampai akhir tahun. Huhu...

Dah 8 tahun mak keje, tak pernah simpan cuti. Cuti banyak habis bila anak anak demam dan tak sihat. Maklumlah, anak mak rapat rapat. Dua tahun sorang. Redha jelah ek.


Tak sabar nak tunggu anak anak ibu besar. Cepat masa berlalu. Besarlah diaorg. 

Sebenarnya, memang ada kerja yang tak siap nak disiapkan, alang alang cuti pun dah nak habis, mommy teruslah apply OT.
Dapatlah sejam setengah OT harini. Semoga dipermudahkan urusan olehNya. Amin.

Tengah buat keje, tengok jam dah 6.45.hmmm..tak sedar buat keje sampai dah lebih masa. Habis keje jam 6.30 jer. Rupanya hujan kat luar. Nasib jalan tak jem sangat walaupun keluar agak lewat tadI. Jam 7.05 baru sampaI As Sakinah Subang Bestari, taska anak anak. Ayish pun dah sampai taska dari Sekolah Subang Bestari 1.  Apapun, syukur kerana urusan harini berjalan lancar dan tiada kesulitan berlaku. Amin.

Sampai agak lewat kat umah, sempat masak sup ayam + telur dadar je kat anak anak. Sorry, tak sempat nak snap gambar. Budak budak dah lapar. Next timelah kita snap gambar.

Aten ratah ayam, ayish nakan nasi. Lepas makan nasi, makan pulak roti + planta. Ayish baru 7 tahun, tapi selera makan tak yah cakap. Dasat...mak pulak seriau tengok dia makan. Budak tengah selera kan, kita layan kan jelah ek.

Lepas makan, tup tup dah tertido kat ruang tamu. Tak sempat nak mandi. Penat kot. Hmmm....esok jelah kejut.

Oklah, dah malam..Next time pulak kita mencatat...hihi...

Bye & salam



Tuesday, 23 September 2014

Tengahari tadi pegi jalan jalan dI Giant Kota Damansara. Antara tempat faveret selalu pegi. Keluar dengan member ofis sambil shopping barang ofis sekali.

Ada sebuah kedai buku dalam Giant tu. Sempat singgah jamu mata kat situ. Ini lah hasilnya. Sempat grab 1 je buku. Harga dia rm24.99. Bolehlah isinya pun colourful.


Tujuan buku ni dibeli untuk menanam minat membaca ayish & aten. Maka, malam ni, bermulalah slot membaca buku selama 5 minit sehari after maghrib. Buku pilihan, ofkoslah buku islamik. Ibu cuba buat yang terbaik untuk anak anak syurga ibu, okeh?hihi. Nanti kita hadpet lagi ye apa jadi dengan buku nih..haha....

Apapun, chaiyok...chaiyok...hehe...




Sunday, 21 September 2014

Anak ibu ayish demam

Alhamdulillah, saya dan fatin selamat sampai ke Hentian Putra jam 5.30 pagi. Macam biasalah, ibu akan parking kete dekat parking Hentian Putra jer. Senang skit. Tak payah nak panggil teksi. Kos teksi lagi mahal. So, ibu pilih parking kereta jer.

Kos parking kereta di hentian putra dari jam 8.45 pm (19 September - 21 September) jam 6.00 pagi  RM23.00. Ok ker? Oklah kot, jimat lah sikit.

Ibu terpaksa tinggal ayish dkt mak tok sebab ayish cirit birit. Ibu ingat ayish dah sihat, tengah tengah bersiap, boleh pulak ayish cirit birit. Aduyai. Terpaksa ibu buat keputusan tinggal ayish dengan ateh.




Next week, hari selasa @ rabu, ateh akan hantar ayish balik Sg Buloh. Dugaan betul. Huhu...dahlah ibu dah tinggal sikit je cuti. Rasa nak nangis pun ada bila anak tak sihat. Huhu..

Hantar aten ke sekolah

Hmmm, macam biasalah, kalau hantar dia sorang ke sekolah, mesti meragam jer. Tapi, ibu biarkan je teacher wawa pujuk ngan bibik. Kalau dilayan, makin menjadi. Jap lagi, oklah tu. Ada kawan main kan.


Sambung keje

Oklah, ibu pun nak sambung keje. Dah 5 hari tinggal ofis pegi audit di Jalan Ampang. Masuk ofis, baca email macam biasa, list down keje yang nak kena update/ buat macam biasa. Tinggal ofis lama lama, memang tak best, kan!

Semoga perut ayish dah baik. Amin.